Parti Keadilan Rakyat (PKR) terus dibelenggu krisis keyakinan di kalangan ahli-ahlinya apabila sekumpulan 11 pimpinan Angkatan Muda Keadilan (AMK) dan beberapa pimpinan Bahagian di Terengganu mengumumkan perletakan jawatan dan keluar daripada parti itu.

Kumpulan yang diketuai oleh bekas Ketua AMK Terengganu, Wan Mohd Anies Wan Adnan itu menegaskan, tindakan mereka keluar daripada parti itu yang berkuatkuasa 8 Julai 2007 diambil kerana tidak lagi yakin dengan hala tuju PKR.

Selain faktor itu, keputusan kumpulan tersebut juga sebagai tanda solidariti terhadap bekas Ketua Pemuda PKR, Ezam Mohd Noor yang meninggalkan parti itu baru-baru ini.